Convent of The Holy Infant Jesus diasaskan oleh Mother St. Camille pada 3 Oktober 1904. Sekolah ini terletak di Jalan Birch (Jalan Dato' Bandar Tunggal). Sekolah ini kemudian dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Convent. Pada Mulanya di sini seramai 36 anak-anak gadis telah di didik beberapa orang guru.
Pada awal tahun 1990-an, tanah yang menempatkan Sekolah Rendah Kebangsaan Convent dilepaskan untuk pembangunan sebuah pusat perniagaan. Namun sehingga sekarang projek tersebut masih tidak dapat dilaksanakan. Sebagai ganti tapak Sekolah Kebangsaan Convent, kompleks bangunan sekolah dibangunkan ai atas sebuah bukit kecil di Jalan Labu Lama. Untuk mengekalkan identiti sekolah perempuan, maka daripada SK Convent telah ditukarkan nama kepada SK Puteri.
Maka secara rasmi hak milik sekolah ini telah diserahkan pada 25 Mei 1993. Majlis pecah tanah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato' Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 8 Julai 1993. Sekolah Kebangsaan Puteri dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pada 4 April 1998.